Apabila sahabat lama datang bawa umpan
Iklan
Persahabatan yang sepatutnya dibina atas keikhlasan kadangkala berubah menjadi hubungan yang bersifat jual beli. Foto hiasan
SUDAH lama saya tidak berjumpa dengan sahabat satu sekolah ini, tiba-tiba suatu hari saya terserempak dengannya di sebuah majlis keramaian. Selepas bertanya khabar dan mengimbau sedikit kenangan lama, kami sempat bertukar-tukar nombor telefon.
Saya fikir pertemuan itu berakhir di situ sahaja. Rupanya tidak. Esoknya saya dapat panggilan daripada sahabat saya itu untuk berjumpa. Biasanya apabila seseorang sahabat itu mempelawa, saya jarang menolak apatah lagi daripada seorang rakan yang hampir 10 tahun tidak bersua muka.