Machap ujian sebenar kekuatan PH
Iklan
Sekiranya majoriti BN meningkat pada PRN Johor, kedudukan Onn Hafiz bakal menjadi semakin kukuh, namun jika majoritinya merosot besar, ia memberi isyarat terdapat ketidakpuasan yang perlu diberi perhatian. Gambar kecil dari kiri: Nor Hafiz, Awang Azman dan Hisommudin
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba menampilkan imej lebih segar menerusi gabungan calon muda, wanita dan beberapa nama berprofil tinggi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Apa yang lebih menarik kali ini adalah keberanian gabungan itu dengan meletakkan 12 calon wanita atau 21.4 peratus daripada keseluruhan 56 calon yang bertanding.