Politik dan gusti
Iklan
Di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, wakil rakyat boleh bertengkar, tetapi selepas sidang selesai, mereka boleh duduk semeja minum kopi. Foto fail Bernama
TAHUN 2014. Bulan Oktober. Hari bulannya saya tak ingat. Jawapannya ada di Google, tetapi macam yang saya pernah kata dahulu, saya pun kadang-kadang macam kebanyakan orang lain juga, nak klik tetikus pun malas. Yang peliknya, kalau diajak bersembang, atau diajak tengok bola, boleh pula melangut depan televisyen sampai embun jantan menitik.
Baiklah, saya sambung cerita. Peristiwa itu berlaku di KLIA. Waktunya, kalau tak silap saya, lewat malam.