Pemandu, jururawat nyaris maut ambulans terbabas

Iklan
Sebuah ambulans terbabas dipercayai akibat hilang kawalan di Kilometer 60, Jalan Kuala Kangsar-Gerik awal pagi tadi. Gambar hiasan

IPOH - Sebuah ambulans terbabas dipercayai akibat hilang kawalan di Kilometer 60, Jalan Kuala Kangsar-Gerik awal pagi tadi, menyebabkan pemandu dan jururawat cedera. 

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4 pagi semasa ambulans itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Taiping.

Iklan
Iklan

"Kemalangan menyebabkan pemandu ambulans dan seorang jururawat mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi jururawat tidak cedera.

"Mangsa yang cedera telah menerima rawatan susulan dan punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.

Iklan

Kejadian itu tular di Facebook menerusi video berdurasi 21 saat dan beberapa keping gambar menunjukkan sebuah ambulans terbalik di bahu jalan dengan anggota bomba menjalankan operasi menyelamat.

Hantaran itu turut menunjukkan seorang lelaki cedera dipercayai tersepit di dalam kenderaan tersebut.- Bernama 

Iklan