Dua parah, enam cedera nahas tujuh kenderaan

Iklan
Anggota bomba menjalankan pemantauan dan menstabilkan keadaan mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Perak

GOPENG - Dua parah manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 291 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Selasa.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 4.29 petang membabitkan sebuah lori, dua van dan empat kereta jenis Honda HR-V, Perodua Bezza, Perodua Axia dan Toyota Vios.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semua mangsa berjaya keluar dari kenderaan masing-masing dan tiada mangsa tersepit dilaporkan.

Menurutnya, mangsa yang cedera terdiri daripada pemandu lori dan empat mangsa yang menaiki van jenis Toyota Hiace.

Iklan

"Pemandu dan penumpang empat kenderaan lain pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Dua parah manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 291 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Selasa. Foto JBPM Perak

Iklan

Sabarodzi berkata, anggota bomba menjalankan pemantauan dan menstabilkan keadaan mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk menerima rawatan.

“Anggota turut menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di permukaan jalan bagi memastikan laluan selamat digunakan,” katanya.

Operasi yang melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera FRT itu berjaya dikawal pada jam 5.50 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.02 petang.