Murid menangis, rambut ditarik didakwa dibuli

Iklan
Satu video tular di media sosial sejak Selasa memaparkan kejadian dipercayai membabitkan seorang murid yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di kawasan pedalaman negeri ini.

KOTA KINABALU - Satu video tular di media sosial sejak Selasa memaparkan kejadian dipercayai membabitkan seorang murid yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di kawasan pedalaman negeri ini.

Video berdurasi satu minit 30 saat itu menunjukkan murid berkenaan dalam keadaan menangis dan rambutnya ditarik sebelum dibawa ke bilik air oleh murid yang membuli tersebut.

Iklan
Iklan

Rakaman tersebut turut memaparkan mangsa dipercayai digertak sebelum dibawa ke bilik air untuk mencuci mukanya selepas menangis.

Kejadian tersebut turut ditularkan di media sosial apabila seorang pemilik akaun mendakwa kejadian berlaku di Tenom dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.

Iklan
Video berdurasi satu minit 30 saat itu menunjukkan murid berkenaan dalam keadaan menangis dan rambutnya ditarik sebelum dibawa ke bilik air oleh murid yang membuli tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Superintenden Azmir Abd Razak mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Laporan diterima pagi tadi dan pegawai penyiasat sedang melakukan siasatan. Nanti saya akan maklumkan mengenainya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin pula memaklumkan pihaknya juga turut menerima laporan kes tersebut.

"Saya sedang tunggu laporan lengkap (mengenai kejadian ini)," katanya.