Tan Sri Lim Hock San terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN 2026

Iklan
Lim Hock San (empat dari kanan) merangkul Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN – Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti di ‘ASEAN Outstanding Business Award 2026’ sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang beliaus dalam kepimpinan perniagaan, pembangunan komuniti, dan kemajuan serantau di seluruh ASEAN.

Lim Hock San (empat dari kanan) merangkul Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN – Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti di ‘ASEAN Outstanding Business Award 2026’ sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang beliaus dalam kepimpinan perniagaan, pembangunan komuniti, dan kemajuan serantau di seluruh ASEAN.

SHAH ALAM – Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Berhad (LBS), Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2026 - Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti pada majlis ASEAN Outstanding Business Award 2026 yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Anugerah itu mengiktiraf tokoh perniagaan terkemuka atas sumbangan dan pencapaian berterusan mereka yang melangkaui kejayaan korporat, termasuk mencipta impak sosial yang bermakna, memupuk kerjasama serantau serta memperkukuh pembangunan komuniti di seluruh rantau ASEAN.

Sebagai antara tokoh usahawan hartanah yang dihormati di Malaysia, Hock San berjaya mengangkat LBS daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan kepada pemaju hartanah terkemuka dengan portfolio perniagaan yang pelbagai meliputi sektor kediaman, komersial, perindustrian, hospitaliti dan peruncitan.

Iklan

Sepanjang beberapa dekad, kepimpinan berwawasan serta iltizam berterusan beliau dalam menyumbang kepada pembangunan negara menjadi pemangkin kepada penyediaan kediaman berkualiti, pembangunan perbandaran mampan dan peningkatan kesejahteraan hidup ribuan rakyat Malaysia.

Lim Hock San menyampaikan ucapan penerimaannya selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN di ASEAN Outstanding Business Award 2026, di mana beliau berkongsi nilai integriti, ketabahan, kerendahan hati dan tanggungjawab yang telah membimbing kepimpinannya dan terus membentuk LBS pada hari ini.

Iklan

ASEAN Outstanding Business Award mengiktiraf pemimpin cemerlang yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi, menggalakkan kemajuan sosial serta menyumbang kepada kemakmuran bersama di rantau ini.

Dedikasi Hock San terhadap perniagaan yang bertanggungjawab, pembangunan komuniti dan penciptaan nilai jangka panjang mencerminkan nilai utama yang diketengahkan menerusi anugerah berprestij itu.

Mengulas mengenai pengiktirafan tersebut, beliau berkata, anugerah berkenaan bukan sekadar pencapaian individu, sebaliknya mencerminkan dedikasi dan komitmen bersama rakan sekerja, rakan perniagaan, pihak berkepentingan serta komuniti yang sentiasa menyokong perjalanan syarikat.

“Di LBS, kami sentiasa percaya bahawa pembangunan bukan sekadar membina bangunan tetapi juga mewujudkan peluang, meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membangunkan komuniti yang membolehkan setiap individu berkembang maju.

“Saya amat bersyukur diberi peluang untuk menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia serta pembangunan komuniti ASEAN secara keseluruhannya,”katanya.

Di bawah kepimpinan Hock San, LBS telah membangunkan lebih 58,000 unit kediaman serta mewujudkan komuniti yang berkembang pesat, sekali gus memberikan impak positif kepada lebih 200,000 rakyat Malaysia.

Berpandukan aspirasi “Bersama Membina Masa Hadapan”, kumpulan itu terus memacu inovasi, kelestarian dan pembangunan berteraskan pelanggan di samping memperluaskan penglibatan dalam sektor pertumbuhan strategik yang menjana nilai mampan serta pertumbuhan jangka panjang.

Anugerah berkenaan turut memperkukuh komitmen LBS untuk meneruskan legasi visi beliau dalam membina komuniti mampan, memperkasa generasi masa depan serta menyumbang secara signifikan kepada kemajuan Malaysia dan rantau ASEAN.