Lelaki didakwa bunuh peniaga, pandu secara berbahaya
Iklan
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang peniaga di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Foto Bernama
JASIN - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang peniaga di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Rim di sini, dua tahun lepas.
P Kogilanathan, 27, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamat Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Kogilanathan bersama-sama tiga individu lain yang masih bebas didakwa membunuh M Vinurd, 24, di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru di sini, antara 8.39 hingga 11 malam, 25 Ogos 2024.
Iklan
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Yusri manakala tertuduh diwakili peguam Nur Aida Md Zainuddin.
Iklan
Sementara itu dalam satu lagi prosiding berasingan di Mahkamah sama, Kogilanathan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya kepada orang awam di Taman Asia Selatan, kira-kira 7.30 mala, 4 Mac 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan.
Noor Syazwani menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 manakala Nur Aida memohon jumlah lebih rendah dengan alasan tertuduh tidak bekerja selain perlu menanggung bapanya yang menghidap penyakit jantung dan ibunya pula menghidap diabetes.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 bagi pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya, namun tertuduh kekal ditahan berhubung tuduhan bunuh.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke"><meta itemprop="description" content="Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-06T10:01:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbu6th6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbu6th6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbu6th6"></script>