[VIDEO] Akaun Amanah Palestin diaudit, bantuan hanya melalui saluran sah - Mohamad

Iklan

KUALA LUMPUR – Pengurusan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dilaksanakan mengikut tatakelola yang ketat dan bantuan tidak disalurkan secara sewenang-wenangnya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, AAKRP merupakan akaun amanah yang ditubuhkan kerajaan di bawah Kementerian Luar dan diuruskan menerusi jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, setiap permohonan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin akan melalui proses pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya sebelum dana disalurkan.

“Kita akan pastikan bahawa bantuan yang disalurkan ini benar-benar sampai ke sana dan sebab itulah kita beri terus kepada NGO di sana seperti Bulan Sabit Merah Palestin dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN – Sik) berhubung penyaluran dana berkenaan yang mencetuskan perdebatan di media sosial.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza kini semakin terbuka selepas sebelum ini berdepan pelbagai sekatan.

Iklan

Katanya, bantuan makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan dari Malaysia yang sebelum ini tertangguh kini mula dapat dibawa masuk melalui kerjasama dengan Mesir.

“Yang penting sekarang ialah bekalan ubat dan peralatan perubatan kerana banyak hospital di Gaza telah musnah akibat serangan.

“Barangan bantuan Malaysia yang lama tersangkut kini sudah mula dapat dibawa masuk,” katanya.