Pelajar jatuh bangunan sekolah: JPN jalankan siasatan dalaman

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai seorang pelajar Tingkatan 1 sebuah sekolah di daerah Kinta parah selepas dipercayai selepas terjatuh dari bangunan sekolah pada Isnin.

IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden seorang pelajar lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah menengah di sini pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, JPN Perak berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis atas siasatan yang sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

“Pada masa sama, siasatan dalaman turut dilaksanakan bagi meneliti setiap perkara yang berkaitan dengan insiden ini,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Kenyataan sama memaklumkan, pelajar berusia 13 tahun terbabit kini sedang menerima rawatan di hospital.

Iklan

Katanya, tindakan segera telah diambil bagi memastikan kebajikan keluarga pelajar terbabit terus terpelihara.

"Sokongan psikososial juga disalurkan kepada warga sekolah yang terkesan dengan kejadian tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Iklan

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan satu berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di dalam kawasan sekolah berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima maklumat berhubung kejadian itu melalui talian MERS 999 pada jam 2.49 petang.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan setakat ini, pihak polis masih mengumpul keterangan daripada saksi dan meneliti semua aspek yang berkaitan.