Dua gol Haaland hantar Senegal pulang

Iklan
Haaland muncul watak utama ketika Norway mengalahkan Senegal 3-2. Foto: Agensi

BINTANG Norway, Erling Haaland terus mempamerkan sentuhan berbisa apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Senegal 3-2 dalam aksi Kumpulan I Piala Dunia.

Kemenangan itu menyaksikan Norway mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati, sekali gus mengekalkan rekod sempurna selepas dua perlawanan.

Iklan
Iklan

Dalam aksi di Stadium New York New Jersey, Haaland sekali lagi menjadi watak utama apabila meledak dua jaringan untuk melengkapkan kemenangan dramatik Norway dalam perlawanan yang penuh aksi saling berbalas serangan.

Norway terlebih dahuku di hadapan menerusi jaringan Marcus Pedersen pada penghujung babak pertama

Iklan

Senegal cuba memberi tentangan sengit menerusi Ismaila Sarr yang meledak dua gol untuk memastikan perlawanan kekal sengit hingga ke wisel penamat.

Bagaimanapun, kesilapan benteng pertahanan yang diketuai Kalidou Koulibaly serta beberapa kelemahan penjaga gol Edouard Mendy menghukum Senegal apabila Norway memanfaatkan peluang untuk meraih kemenangan.

Iklan

Norway turut mendapat sentuhan kreatif daripada Martin Odegaard yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan serangan pasukan sepanjang perlawanan.

Haaland mengumpul empat gol setakat ini, sekali gus terus memberi tekanan dalam perebutan kasut emas kejohanan.

Bagi Senegal, kekalahan itu menyaksikan mereka tersingkir daripada kejohanan.