Scaloni terpaku lihat kehebatan Messi

Iklan
Messi muncul watak utama ketika membantu Argentina menewaskan Austria 2-0 di Dallas. Foto: Agensi

PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni mengakui sudah kehabisan kata-kata untuk menggambarkan kehebatan Lionel Messi selepas kaptennya itu terus mencipta sejarah di Piala Dunia.

Messi meledak dua gol ketika Argentina menewaskan Austria 2-0 dalam aksi Kumpulan J di Stadium Dallas, sekali gus menjadikan dirinya penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan dengan 18 gol.

Iklan
Iklan

Scaloni yang juga bekas rakan sepasukan Messi berkata, komitmen ditunjukkan bintang Inter Miami itu di atas padang menjadi antara faktor utama kejayaan Argentina.

“Ketika pasukan bergelut tanpa bola, dia tetap bekerja dan cuba merampas semula bola. Anda boleh lihat tahap komitmennya.

Iklan

“Saya sudah tiada kata-kata untuk bercakap tentang Leo. Ia membuatkan kami sedikit letih bercakap tentang dia sepanjang masa,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Messi terlebih dahulu gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelapan, namun bangkit membuka jaringan pada minit ke-38 sebelum melengkapkan kemenangan Argentina menerusi gol kedua pada masa kecederaan.

Iklan

Argentina mendominasi sebahagian besar perlawanan meskipun hanya selesa dengan kelebihan satu gol, manakala penjaga gol Emiliano Martinez hanya dipaksa melakukan satu aksi penting sepanjang permainan.

Argentina mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas meraih dua kemenangan berturut-turut, sekali gus meletakkan La Albiceleste dalam landasan tepat mempertahankan kejuaraan.