‘Reset politik’ belum diterjemah dalam barisan kepimpinan Wawasan
Iklan
Azmi berpandangan kehadiran beberapa tokoh masih belum mencukupi untuk mencerminkan pembaharuan sebenar atau membentuk identiti politik baharu Wawasan.
PUTRAJAYA - Gagasan ‘reset politik’ yang dibawa Parti Wawasan Negara (Wawasan) dilihat belum diterjemahkan menerusi barisan kepimpinan baharu parti itu apabila majoriti individu yang dilantik terdiri daripada figura politik berpengalaman serta penyokong lama kepimpinan sedia ada.
Ahli geostrategi dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, beliau pada awalnya agak teruja dengan penggunaan istilah ‘reset politik tanah air’ oleh kepimpinan parti berkenaan kerana ia memberi gambaran pembaharuan dalam landskap politik negara.