Pengguna Muslim sendiri longgar isu halal

Iklan
Isu halal di Malaysia bukan lagi sekadar perbincangan soal makanan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi, kepercayaan pengguna dan integriti perniagaan.Foto hiasan

ISU halal di Malaysia bukan lagi sekadar perbincangan soal makanan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi, kepercayaan pengguna dan integriti perniagaan.

Ironinya, hari ini semakin banyak premis milik pengusaha bukan Islam yang jelas mensasarkan pelanggan Muslim dengan menggunakan nama berunsur Melayu atau Islam, menggaji pekerja Muslim, namun masih belum mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Iklan
Iklan

Persoalannya, jika pasaran utama mereka pengguna Muslim, mengapa masih ramai yang belum mengambil langkah mendapatkan sijil halal? Mengapa perkara ini berlaku?

Pertama, wujud budaya 'halal berdasarkan persepsi' dalam kalangan sebahagian pengguna Muslim. Apabila melihat pekerja bertudung, pelanggan Melayu yang ramai atau menu yang kelihatan 'selamat', ramai terus membuat andaian premis tersebut halal. Hakikatnya, persepsi tidak boleh menggantikan pengesahan.

Iklan

Tidak kurang juga yang berpegang kepada konsep 'janji tiada babi dan alkohol, sudah memadai'. Sedangkan halal menurut syariah jauh lebih luas. Ia meliputi sumber bahan mentah, proses penyediaan, kebersihan, penyimpanan, logistik dan pencegahan pencemaran silang.

Kedua, faktor jenama dan 'viral marketing' memainkan peranan besar. Banyak premis makanan hari ini menjadi tular melalui media sosial. Apabila influencer Muslim membuat ulasan positif atau pelanggan Muslim sendiri mempromosikannya, persepsi awam berubah daripada “adakah halal?” kepada “ramai orang Islam makan di sini”.

Iklan

Dalam era digital, media sosial kadangkala mengatasi semakan fakta. Ketiga, terdapat pengusaha yang menganggap proses mendapatkan sijil halal sebagai rumit, mahal dan memakan masa.

Ada merasakan selagi pelanggan Muslim tetap datang, tiada keperluan mendesak untuk memohon.

Di sinilah timbul persoalan lebih besar: Adakah pengguna Muslim sendiri terlalu longgar soal halal?

Kita sering mendesak pengusaha agar lebih peka terhadap sensitiviti halal, tetapi pada masa sama sebahagian pengguna kurang tegas dalam memilih.

Jika pengguna sendiri tidak menjadikan sijil halal sebagai keutamaan, tekanan pasaran terhadap pengusaha juga menjadi lemah.