Pelajar Tingkatan 1 jatuh bangunan sekolah

Iklan
Khairudin (dua dari kiri) dan Azam (kanan) bertemu waris mangsa di HRPB pada Isnin.

IPOH - Seorang pelajar Tingkatan 1 sebuah sekolah di daerah Kinta parah selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah berkenaan dalam kejadian pada Isnin.

Difahamkan pelajar tersebut berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sini.

Iklan
Iklan

Perkara itu dimaklumkan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tengah hari sebelum mangsa dikejarkan ke HRPB untuk mendapatkan rawatan.

Iklan

"Petang ini saya dikejutkan dengan pemakluman tentang kejadian seorang pelajar terjatuh dari bangunan, selesai urusan mesyuarat saya bergegas ke Unit Kecemasan HRPB Ipoh bagi mendapat makluman awal tentang kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi.

Turut hadir bertemu keluarga mangsa di HRPB, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Azam Ahmad.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Khairudin meminta Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk menyediakan laporan penuh mengenai kejadian berkenaan.

Beliau turut mengarahkan semua pengurusan sekolah di negeri ini untuk sentiasa peka terhadap keadaan sekitar supaya kejadian seumpamanya tidak berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis.