CIRI baharu Group Ride yang diperkenalkan Grab Malaysia mampu menjadi alternatif pengangkutan lebih menjimatkan buat rakyat Malaysia dalam mendepani peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Selain menawarkan pengalaman yang selesa dan mudah, inisiatif tersebut juga mesra pengguna dengan proses tempahan di aplikasi lebih lancar.
Menerusi aplikasi Grab, padanan penumpang dilakukan dengan cepat tanpa sebarang masalah, menjadikan tambang perjalanan lebih rendah berbanding tempahan biasa.
Bagi menggalakkan orang ramai memanfaatkan budaya kongsi perjalanan, Grab turut menawarkan promosi diskaun sebanyak 15 peratus bagi penggunaan Group Ride.
Kongsi perjalanan, jimat kos
Group Ride membolehkan beberapa penumpang yang mempunyai laluan perjalanan sama berkongsi satu kenderaan, sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.
Antara ciri utama ditawarkan termasuk penjimatan sehingga 40 peratus tambang berbanding tempahan individu, pilihan pembayaran fleksibel sama ada dikongsi sama rata atau mengikut jarak perjalanan, serta laluan perjalanan lebih anjal melibatkan beberapa lokasi pengambilan dan destinasi penurunan.
Ciri itu turut menggunakan algoritma kecerdasan buatan (AI) proprietari Grab bagi memastikan laluan paling cekap dari segi masa untuk penumpang dan rakan pemandu.
Dalam masa sama, aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan menerusi integrasi dengan infrastruktur keselamatan sedia ada termasuk pusat keselamatan, butang SOS serta teknologi pemantauan perjalanan.
Ciri Group Ride kini diperkenalkan kepada pengguna yang layak menerusi aplikasi mudah alih Grab di seluruh negara sebagai pilihan mobiliti fleksibel untuk rakan, keluarga dan rakan sekerja bergerak bersama dengan lebih cekap.
Pemandu cekap, profesional
Sementara itu, wartawan Sinar Harian turut berkesempatan merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan tersebut.
Memulakan perjalanan dari Serdang ke Petaling Jaya, ciri berkenaan membenarkan penumpang dari lokasi berbeza dijemput untuk berkongsi perjalanan ke destinasi sama, menjadikan perjalanan bersama ahli keluarga lebih mudah, teratur dan selesa.
Selain itu, ia menawarkan fleksibiliti kepada pengguna menerusi penyelarasan lokasi mengambil atau menurunkan penumpang mengikut ketetapan setiap penumpang tanpa perlu membuat tempahan berasingan.
Hasil pemerhatian dan penggunaan, tempahan Group Ride di aplikasi dilihat lancar selain harga yang ditawarkan berpatutan.
Pemandu Grab turut berkongsi penerangan mengenai fungsi Group Ride selain menyatakan manfaat menerusi penggunaan masa, pengurangan tempoh menunggu tempahan serta mampu mengekalkan peluang pendapatan yang mampan.
Selain itu, keadaan kenderaan yang bersih serta selesa memberikan pengalaman perjalanan yang menyenangkan meskipun terdapat hentian berbeza untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Dalam pada itu Grab memaklumkan, fungsi terbaharu itu dibangunkan berasaskan tiga teras utama iaitu kemampuan kos, kecekapan teknologi dan kelestarian.
Inisiatif itu juga selari dengan usaha kerajaan menggalakkan budaya berkongsi perjalanan bagi membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna selain menyokong amalan pengangkutan lebih mampan dan mesra alam.
Secara keseluruhannya, Group Ride menawarkan pilihan perjalanan yang bukan sahaja lebih ekonomi, malah praktikal dan selesa terutama bagi pengguna yang kerap bergerak di sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing.
INFO
Ciri-ciri utama Group Ride termasuk:
Kecekapan Kos: Penumpang boleh jimat sehingga 40 peratus tambang berbanding tempahan individu.
Pembayaran adil dan mudah: Sama seperti pengalaman Group Order di GrabFood, pengguna boleh memilih untuk membayar keseluruhan perjalanan atau bahagi tambang antara penumpang. Ciri ini membolehkan sama ada pembahagian sama rata atau pembahagian berkadar berdasarkan jarak perjalanan individu.
Laluan Fleksibel: Ciri ini menyokong pelbagai konfigurasi perjalanan, termasuk beberapa lokasi pengambilan ke satu destinasi, atau satu lokasi pengambilan ke beberapa lokasi penghantaran.
Pengoptimuman Dipacu AI: Algoritma proprietari Grab menyusun perjalanan bagi memastikan laluan paling menjimatkan masa untuk penumpang dan rakan pemandu.