PM dijadual rasmi laluan LRT3 Shah Alam Ahad ini

Iklan
Anthony Loke beramah mesra dengan orang ramai di pejabat baharu JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan di TBS di Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam akan mula beroperasi secara rasmi pada 29 Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, majlis perasmian dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad

Iklan
Iklan

“Kita akan mengumumkan bahawa upacara pembukaan LRT3 Shah Alam akan disempurnakan pada Ahad oleh Perdana Menteri di depot.

“Operasi akan dimulakan pada 29 Jun ini. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini pada Isnin.

Pembukaan LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia dijangka memberi manfaat kepada ratusan ribu penduduk di koridor barat Lembah Klang selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.

Iklan