Tiga maut, beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan di sekolah di Filipina

Iklan
Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala lima lagi cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di Filipina pada Isnin - Foto: Agensi

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala lima lagi cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di Filipina pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan San Jose di Tacloban City, dengan seorang daripada dua suspek yang dipercayai terlibat kini berada dalam tahanan polis, menurut akhbar harian Inquirer.

Iklan
Iklan

Polis memaklumkan seorang daripada suspek, seorang kanak-kanak yang berdepan tindakan undang-undang dan penduduk San Jose -- ditahan tidak lama selepas kejadian itu, manakala seorang lagi suspek masih bebas.

Pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti mangsa kerana penyiasat masih menyiasat kejadian tembakan itu, termasuk motif di sebalik serangan berkenaan.

Iklan

Hubungan antara mangsa dan suspek juga masih belum dapat dipastikan.

Polis telah melancarkan operasi memburu suspek bagi mengesan dan menahan suspek kedua. - Bernama

Iklan