Trump kritik Itali berhubung isu Iran di tengah ketegangan dengan Meloni

Iklan
Donald Trump (kiri) dan Giorgia Meloni - Foto: Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengkritik Itali kerana didakwa tidak bertindak semasa konflik antara AS-Iran, di tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Selama beberapa dekad kami mempertahankan mereka, tetapi apabila tiba masanya untuk membantu mempertahankan kami dan seluruh dunia, mereka tidak bersama kami. Tidak bagus!" tulis Trump di platform Truth Social.

Iklan
Iklan

Pada Jumaat, Trump memberitahu saluran televisyen Itali La7 bahawa Meloni telah"merayu" kepadanya untuk bergambar bersama pada Sidang Kemuncak G7 di Perancis, dan beliau berbuat demikian kerana simpati.

Meloni menyifatkan kenyataan Trump itu sebagai"rekaan sepenuhnya" dan menegaskan bahawa"beliau mahupun Itali tidak pernah merayu kepada sesiapa."

Iklan

Menurut laporan, beberapa mesyuarat peringkat tinggi antara delegasi AS dan Itali telah dibatalkan susulan ketegangan yang tercetus. - Bernama

 

Iklan