Dua bilik di SK Parit Serong, Tanjung Karang terbakar

Iklan
Dua buah bilik di SK Parit Serong di Tanjung Karang mengalami kerosakan akibat kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

SHAH ALAM - Dua bilik di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Serong, Tanjung Karang dekat Kuala Selangor terbakar tengah malam tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.50 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Karang tiba di lokasi pada 1.01 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, operasi turut dibantu anggota dari BBP Kuala Selangor dan BBP Sungai Besar dengan kekuatan keseluruhan 13 anggota serta tiga jentera, manakala keluasan yang terbakar kira-kira 40 peratus.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran sebenar melibatkan kawasan seluas 18.3 meter x 7.6 meter yang menempatkan dua bilik, iaitu bilik pentadbiran dan bilik unit sumber,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Ashrul Riezal berkata, api berjaya dikawal pada 1.13 pagi sebelum kerja-kerja pemadaman dan overhaul diteruskan selain pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut dimaklumkan bagi melaksanakan pemotongan bekalan elektrik di lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.56 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Iklan