Dasar pelarian Rohingya perlu diperjelas
Iklan
Nadia
SHAH ALAM - Masyarakat Malaysia pada awalnya menerima kehadiran Rohingya dengan hati terbuka atas dasar kemanusiaan, namun sikap itu semakin berubah apabila isu berkaitan pelarian dan pencari suaka terus berlarutan tanpa penyelesaian yang menyeluruh.
Pengarah Operasi IMAN Research, Nadia Lukman berkata, rasa rimas yang wujud dalam kalangan rakyat hari ini lebih banyak berpunca daripada kelemahan sistem pengurusan pelarian berbanding salah laku keseluruhan komuniti Rohingya itu sendiri.