Schlager sindir Messi menjelang aksi Austria-Argentina

Iklan
Messi sekali lagi bakal menjadi tumpuan pada perlawanan menentang Austria awal pagi Selasa. Foto: Agensi

PENJAGA gol Austria, Alexander Schlager mencetuskan provokasi menjelang pertembungan menentang Argentina apabila secara terbuka memilih Cristiano Ronaldo berbanding Lionel Messi dalam kenyataan pra-perlawanan.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu bentuk perang psikologi menjelang aksi besar Piala Dunia 2026, ketika Argentina yang dibarisi Messi sedang berada pada prestasi terbaik selepas kemenangan 3-0 ke atas Algeria hasil hatrik bintang berusia hampir 39 tahun itu.

Iklan
Iklan

Austria pula memulakan kempen dengan kemenangan 3-1 ke atas Jordan, namun kini berdepan ujian lebih berat apabila perlu mengekang Messi yang terus menjadi nadi utama Argentina.

Schlager bagaimanapun cuba meredakan kenyataannya dengan mengakui kehebatan Messi, namun tetap bertegas dengan pilihannya terhadap Ronaldo.

Iklan

“Secara prinsipnya, saya lebih kepada Cristiano Ronaldo,” katanya, sambil mengakui Messi masih antara pemain terbaik dunia yang tidak wajar dipandang rendah.

Beliau turut menyifatkan Messi memiliki aura dan pengaruh besar dalam permainan Argentina, namun menegaskan Austria akan melakukan segala usaha untuk menghentikan bintang berkenaan.

Iklan