Trump dakwa PM Britain akan letak jawatan

Iklan
Keir Starmer. Foto AFP

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mendakwa Perdana Menteri Britain, Keir Starmer akan meletakkan jawatan dengan memetik kegagalan dalam dasar imigresen dan tenaga, lapor Anadolu Ajansi.

"Keir Starmer akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Britain," tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Iklan
Iklan

"....Saya mendoakan yang terbaik untuk beliau!"

Terdahulu pada Ahad, BBC melaporkan bahawa Starmer mungkin mengumumkan jadual untuk berundur seawal Isnin berikutan perubahan sentimen dalam kerajaan.

Iklan

Menurut laporan itu, beberapa sumber dalaman kerajaan kini percaya Perdana Menteri Britain itu boleh mengumumkan jadual peletakan jawatannya seawal Isnin. Bernama-Anadolu

 

Iklan