'Tiada lesen, ubah suai motosikal tidak ikut spesifikasi'

Iklan
Sebanyak 49 buah motosikal disita manakala 293 notis saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Dalaman HMPV yang dijalankan di sekitar Jalan Kuantan Bypass berhampiran Terminal Sentral Kuantan pada Sabtu.

KUANTAN – Sebanyak 49 buah motosikal disita manakala 293 notis saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Dalaman HMPV yang dijalankan di sekitar Jalan Kuantan Bypass berhampiran Terminal Sentral Kuantan pada Sabtu.

Operasi selama lebih 11 jam itu dilaksanakan hasil kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuantan dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, sebanyak 373 kenderaan diperiksa melibatkan 16 kereta dan 357 motosikal.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, 293 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Iklan

"Antara kesalahan utama dikesan ialah nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi sebanyak 76 kes, tiada lesen memandu (42), tiada cermin sisi (41), ubah suai ekzos (33) serta ubah suai struktur kenderaan (27).

"Selain itu, sebanyak 49 motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau memberitahu, pihaknya memandang serius pelanggaran undang-undang lalu lintas terutama melibatkan ubah suai kenderaan tanpa kebenaran, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta pemanduan tanpa lesen.

Jelasnya, kesalahan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah berisiko mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Ashari menambah, operasi penguatkuasaan seperti ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap yang tinggi.

"Orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna dan mempunyai dokumen yang sah sebelum menggunakan jalan raya," katanya.