KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak sehingga jam 3 petang, Ahad.
Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat di Semenanjung meliputi Perlis serta Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Selain itu, Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan serta Perak melibatkan daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama turut diramal mengalami cuaca buruk sama.
Di Negeri Sembilan, kawasan Jempol dijangka terjejas manakala di Johor, antara daerah terlibat ialah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat ialah Lundu di bahagian Kuching selain Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah serta Song di Kapit.