KUALA TERENGGANU - Awang Draman, 72, mengimbau nostalgia dengan membaca akhbar Utusan Melayu tulisan Jawi yang terdapat di Kedai Kopi Buruk, baru-baru ini.
Akhbar Utusan Jawi bukan sahaja menjadi nadi penyebaran maklumat kepada masyarakat di negara ini suatu ketika dahulu, malah ianya salah satu usaha berterusan dalam memastikan warisan tulisan itu terus hidup dan dipelihara serta dihargai merentas generasi.