Disangka pokai, isteri terkejut mendiang suami tinggalkan wang RM230,000, rantai emas dalam kotak peralatan

Iklan
Isteri mendiang terkejut suaminya tinggalkan duit yang banyak. - Foto Thairath

UDON THANI - Seorang wanita warga emas di Thailand terkejut apabila menemui wang tunai sebanyak 1.84 juta baht (kira-kira RM230,000) yang disimpan oleh suaminya dalam sebuah kotak peralatan selepas lelaki itu meninggal dunia.

Menurut laporan Thairath, mendiang In Saendong, 78, dikenali sebagai seorang yang sangat berjimat cermat dan sering memberitahu keluarganya bahawa beliau tidak mempunyai wang.

Iklan
Iklan

Isterinya, Daeng Senadong, 74, berkata, dia tidak pernah menyangka suaminya memiliki simpanan sebanyak itu kerana tidak pernah mengambil tahu urusan kewangan lelaki berkenaan.

Wang tersebut dipercayai hasil simpanan bertahun-tahun termasuk daripada harta pusaka keluarga serta hasil jualan lembu dan kerbau.

Iklan

Penemuan itu berlaku ketika keluarga sedang mencari wang untuk menampung kos pengebumian mendiang yang meninggal dunia pada 13 Jun lalu selepas mengalami masalah kesihatan.

Selain wang tunai, keluarga turut menemui seutas rantai emas seberat kira-kira 15 gram yang disimpan bersama dalam kotak berkenaan.

Iklan

Daeng menyifatkan suaminya sebagai contoh terbaik kepada anak-anak dan cucu-cucunya dalam mengurus kewangan serta amalan berjimat cermat.