ONSA langkah berani Malaysia
Iklan
ONSA bukan sekadar membolehkan pihak berkuasa bertindak terhadap kandungan berbahaya tetapi juga mengubah pendekatan tradisional yang tertumpu kepada peranan pihak berkuasa. - Gambar hiasan
KEPUTUSAN kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Online Safety Act 2025 (ONSA) mungkin dilihat sesetengah pihak usaha mengekang kebebasan rakyat.
Namun dalam berhadapan dunia tanpa sempadan hari ini, Malaysia sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan kecuali mengambil langkah berani bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, khususnya untuk anak-anak kita.