Poster boy dalam pilihan raya
Iklan
Pemilihan poster boy perlu dibuat secara berhati-hati, hanya individu yang boleh membawa kemenangan yang lazimnya akan ditampilkan sebagai wajah poster - Gambar hiasan
JIKA diterjemahkan secara harfiah poster boy bermaksud budak poster. Dari segi pemasaran, ia merujuk kepada kanak-kanak yang wajahnya digunakan pada poster kempen pemasaran produk atau perkhidmatan.
Namun dalam konteks politik, istilah poster boy merujuk kepada individu yang sifat atau perwatakannya melambangkan sesuatu perjuangan, pergerakan atau ideal. Sekiranya digunakan dalam pilihan raya – Persekutuan atau negeri – istilah itu merujuk kepada penampilan seorang tokoh politik yang bakal memimpin kerajaan sekiranya parti yang diwakili menang dalam pilihan raya berkenaan.