ISTANBUL - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance membayangkan pada Sabtu bahawa rundingan peringkat tinggi dengan Iran boleh diadakan seawal-awalnya pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan Fox News.
"Kami akan merancang rundingan ini sebaik sahaja wakil utama daripada kerajaan Iran, serta kerajaan Qatar dan Pakistan tiba," kata Vance kepada Fox News sambil menambah bahawa perkara itu boleh berlaku"seawal esok".