Seorang maut, 2 cedera, kapal berbendera Panama diserang dron di Laut Hitam

Iklan
Seorang anak kapal maut dan dua lagi cedera selepas sebuah kapal berbendera Panama diserang dron di Laut Hitam. Foto sumber Anadolu

PANAMA CITY - Seorang anak kapal maut dan dua lagi cedera selepas sebuah kapal berbendera Panama diserang dron di Laut Hitam, lapor Xinhua, memetik Pihak Berkuasa Maritim Panama pada Jumaat.

Seorang daripada yang cedera berada dalam keadaan parah, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan, memetik maklumat awal mengenai serangan itu yang berlaku pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa berkata, ia telah mengaktifkan protokol berkaitan untuk mendapatkan maklumat rasmi mengenai kejadian itu, dan sedang berhubung dengan pihak terbabit serta pihak berkuasa yang berwibawa untuk mengesahkan butiran serta menentukan keadaan kru.

Kapal itu dapat meneruskan pelayaran. Pihak berkuasa mengesyorkan agar semua kapal berbendera Panama mengambil langkah keselamatan yang perlu dan, jika boleh, mengelakkan transit perairan Ukraine dan Rusia di Laut Hitam dan Laut Azov.

Iklan

Panama adalah antara negara pendaftaran kapal terbesar di dunia. Pada Januari, sebuah kapal berbendera Panama diserang dron di Laut Hitam. - Bernama/Xinhua

 

Iklan