Rekod buruk Rafizi jadi 'kelemahan' utama parti Kancil - Penganalisis
Iklan
Norhudi’in (gambar kanan) berkata, rakyat akan menilai rekod prestasi Rafizi secara menyeluruh sebelum membuat keputusan sama ada mahu memberikan sokongan kepada parti baharu itu.
KUALA LUMPUR - Rekod lampau Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum dan selepas memegang jawatan menteri disifatkan sebagai antara kelemahan utama Parti Bersama Malaysia (Bersama) dalam usaha meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Norhudi’in Danu berkata, rakyat akan menilai rekod prestasi Rafizi secara menyeluruh sebelum membuat keputusan sama ada mahu memberikan sokongan kepada parti baharu itu.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, menjelang PRU16, rakyat melihat Rafizi bersama sekutunya, Nik Nazmi Nik Ahmad serta beberapa bekas pemimpin dan penyokong PKR dijangka tampil mengkritik kerajaan semasa, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Madani.
Katanya, apa yang mungkin dilupakan Rafizi ialah rakyat masih mengingati pelbagai janji dan tawaran yang dikemukakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
“Selepas memenangi PRU15 dan dilantik sebagai Menteri Ekonomi, rakyat turut menilai prestasi beliau sepanjang berada dalam kerajaan.
“Antara perkara yang sering dibangkitkan ialah pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) serta beberapa inisiatif lain yang menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat sehingga wujud persepsi negatif terhadap kepimpinannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata, meskipun Bersama tampil dengan agenda yang memberi tumpuan kepada pembaharuan ekonomi, jaminan sosial, pendidikan dan alam sekitar, penerimaan rakyat terhadap parti itu tetap bergantung kepada keyakinan mereka terhadap kredibiliti kepimpinan yang menerajuinya.
“Saya tidak melihat mudah untuk rakyat memberikan kepercayaan kepada Rafizi atau Bersama berdasarkan rekod lalu yang masih menjadi perhatian ramai.
“Jika ada yang menyokong, mungkin kerana kekecewaan terhadap parti terdahulu atau kerana kesetiaan terhadap individu tertentu,” katanya.
Mengulas lanjut, Norhudi’in berkata, usaha membawa pembaharuan politik tidak semestinya perlu dilakukan melalui penubuhan parti baharu kerana langkah sedemikian berpotensi memecahkan pengaruh dan sokongan yang sedia ada.
Menurutnya, tindakan menubuhkan parti baharu dalam landskap politik semasa juga boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat yang mengharapkan pemimpin memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kestabilan politik dan ekonomi negara.
“Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, rakyat mahu melihat pemimpin memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah rakyat, bukannya terus mewujudkan perpecahan politik yang baharu.
“Penubuhan sebuah lagi parti politik boleh mengundang kekecewaan rakyat jika ia dilihat lebih menjurus kepada kepentingan individu berbanding kepentingan negara,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.