Kontroversi pelancong Malaysia di China turut dilaporkan media AS

Iklan
Kontroversi membabitkan sekumpulan pelancong Malaysia yang didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China turut mendapat liputan berita di Amerika Syarikat.

SHAH ALAM – Kontroversi membabitkan sekumpulan pelancong Malaysia yang didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China turut mendapat liputan media di Amerika Syarikat.

Menerusi laporan yang disampaikan oleh Cary Johnston, sekumpulan pelancong berkenaan mencetuskan kemarahan di peringkat antarabangsa selepas video yang didakwa memaparkan mereka memperlekehkan penduduk tempatan di China berhubung bau badan dan tingkah laku di tempat awam menjadi tular.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakaman tersebut dilaporkan menunjukkan pelancong berkenaan merakam individu yang tidak menyedari mereka sedang dirakam di dalam bas, tren dan teksi sambil didakwa mengeluarkan komen berbaur penghinaan dalam bahasa Melayu.

“Malah, ada yang dilihat menutup hidung dan ketawa ketika berbuat demikian.

Iklan

“Walaupun video asal yang dimuat naik di TikTok telah dipadamkan, rakaman berkenaan pantas tersebar di media sosial di Malaysia dan China sehingga mengundang kecaman meluas daripada orang ramai.

“Pengguna TikTok yang dikaitkan dengan hantaran tersebut kemudiannya mendakwa telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat berunsur fitnah mengenainya,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, kontroversi itu sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai etika ketika melancong, sikap saling menghormati dan tanggungjawab untuk berkelakuan secara berhemah dalam era kandungan tular.

“Cary Johnston membawakan laporan lanjut mengenai isu ini menerusi program Firstpost America,” katanya.