Rifdean kotakan janji, KO Javad Mozafari di pusingan pertama

Iklan
Rifdean meraih kemenangan KO di pusingan pertama.

PETARUNG negara, Rifdean Masdor tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila menumbangkan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama dalam aksi The Inner Circle 19 di Stadium Lumpinee, Bangkok sebentar tadi.

Pertarungan kelas atomweight Muay Thai tersebut hanya sempat berlangsung selama 1 minit 34 saat sebelum Rifdean menamatkan cabaran lawan dengan aksi agresif sebaik pertarungan bermula.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu meneruskan rentak cemerlang atlet kelahiran Kuching, Sarawak berkenaan yang kini merekodkan lima kemenangan berturut-turut dalam saingan ONE Championship.

Aksi pantas dan penuh keyakinan itu sekali lagi mengukuhkan reputasi Rifdean sebagai antara prospek semakin meningkat dalam divisyen tersebut.

Iklan
Iklan