JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Jalan Sutera, Taman Perling di sini pada Jumaat.
Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dalam kenyataan memaklumkan, mangsa, Tay Aun Yen ditemukan berhampiran sebatang pokok oleh pasukan penyelamat.