MANILA – Sebanyak 8,381 gempa susulan telah direkodkan sejak gegaran kuat luar pesisir berkekuatan 7.8 skala Richter melanda Massim, Sarangani di Mindanao, Filipina pada 8 Jun lalu.
Data dikeluarkan Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) pada Jumaat memaklumkan, 2,040 gegaran susulan itu telah dipetakan manakala 90 daripadanya dapat dirasai komuniti setempat.