SEPANG - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warganegara Indonesia awal bulan ini.
Tertuduh, Chin Siau Lan, 44, didakwa membunuh warganegara Indonesia tersebut di sebuah unit kediaman di The Olive, Jalan Sunsuria 1, Bandar Sunsuria, di sini pada kira-kira 2.31 petang, 3 Jun lepas.