Gaduh bersenjata kerana hutang: Kertas siasatan dirujuk ke TPR

Iklan
Tangkap layar video kejadian tular pergaduhan sekumpulan individu di Jinjang, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kes rusuhan dan pergaduhan sekumpulan individu bersenjata sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara, di sini 11 Jun lalu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, 13 individu yang direman tujuh hari sebelum ini telah disambung sehingga 23 Jun ini.

Iklan
Iklan

"Untuk 13 orang ini, hari ini kita rujuk (kertas siasatan kepada) TPR untuk cadangan pertuduhan.

"Masih terdapat lima lagi individu dikenal pasti yang sedang dikesan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, 13 lelaki berusia antara 18 hingga 51 tahun itu diberkas dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian menerusi beberapa operasi serbuan di sekitar ibu negara.

Tangkap layar video kejadian tular pergaduhan sekumpulan individu di Jinjang, Kuala Lumpur.

Iklan

Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Sentul menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada orang awam pada jam 3.27 petang yang memaklumkan mengenai insiden berkenaan

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.