Tindakan Pas lemahkan pembangkang, Bersatu ibarat harimau cedera - Ramasamy
Iklan
Ramasamy
SHAH ALAM - Pas perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan blok pembangkang ketika ini susulan beberapa keputusan politik yang dibuat didakwa menjejaskan kesatuan dalam Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Dr P Ramasamy berkata, keputusan Pas memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan melucutkan jawatan kepimpinan dalam gabungan itu menyumbang perpecahan pembangkang.
Iklan
Iklan
Beliau dalam masa sama menegaskan, Bersatu kini ibarat 'harimau yang cedera sedang menjilat luka', namun belum boleh dianggap telah lenyap daripada landskap politik negara.
"Terlalu awal untuk menganggap Bersatu sudah lenyap daripada peta politik negara. Seperti seekor harimau yang cedera, parti itu hanya sedang menjilat lukanya. Tanpa bebanan Pas, satu ufuk politik yang lebih luas mungkin kini terbuka kepada Bersatu.
Iklan
"Politik bukanlah sesuatu yang bersifat satu dimensi, sebaliknya ia adalah tentang bangkit daripada kemelut dengan kekuatan dan semangat yang baharu. Dalam hal ini, Bersatu yang telah bebas daripada beban Pas mungkin muncul sebagai sebuah parti politik yang berbeza secara kualitatif daripada sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, sekiranya PN berjaya mengekalkan kesatuan sebagai sebuah gabungan pembangkang yang kukuh, peluang untuk menawan Putrajaya pada masa hadapan adalah lebih cerah.
Iklan
Menurutnya, kegagalan kepimpinan Pas yang diterajui Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang memanfaatkan peluang politik tersebut merupakan satu kelemahan besar.
"Sejarah tidak tercipta dalam keadaan yang kita pilih sendiri, tetapi apabila peluang muncul pada waktu yang tepat. Namun Pas gagal memahami hakikat politik yang penting untuk mencapai kemenangan pilihan raya," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.