Mualaf, Ninavau dan UPSI
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu berkaitan kenyataan UPSI berhubung penyebaran poster 'pendaftaran saudara baharu' di universiti berkenaan.
PADA 15 Jun 2026, muncul satu poster rasmi dengan logo 'Malaysia Madani', Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta Pusat Islam universiti yang 'mempelawa pelajar UPSI untuk mendaftar sebagai saudara baharu (mualaf)'.
Kelebihan mendaftar sebagai saudara baru yang disenaraikan termasuk: (a) yuran pengajian percuma; (b) yuran kolej percuma dan (c) bantuan kewangan (jika perlu).