Bersama jadi king maker atau pemecah undi - Penganalisis politik
Iklan
Rafizi dan Nik Nazmi menjadi ahli baharu Bersama sempena Perhimpunan Hala Tuju Politik di PJ Perfoming Art Center beberapa minggu lalu.
SHAH ALAM - Parti Bersama Malaysia (Bersama) berpotensi menjadi kuasa ketiga atau king maker pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan kali ini memandangkan sebahagian besar penyokong parti berkenaan terdiri daripada pelbagai segmen.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, parti yang diterajui Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad itu juga menjadi platform alternatif kerana dilihat membawa perasaan dan aspirasi rakyat yang pragmatik.