Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri, Labuan

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Labuan sehingga 9 malam ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Labuan sehingga 9 malam ini. 

Dalam kenyataan pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Perlis serta Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

Iklan
Iklan

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Bera dan Rompin), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

Di Sarawak, kawasan terjejas meliputi Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).- Bernama