MB Perak arah PTG siasat aktiviti kuari jejas penduduk

Iklan
Saarani (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh Ke-38 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Khamis.

IPOH - Kerajaan Perak mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan aktiviti kuari yang dikatakan menjejaskan kediaman penduduk di kawasan RPT 10, Chepor dekat sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, siasatan itu perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca sebenar kerosakan yang dilaporkan sebelum sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal selagi laporan terperinci mengenainya belum diperoleh.

"Yang ini kita akan minta PTG siasat dahulu sebab kita tidak pasti apa puncanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh Ke-38 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Khamis.

Terdahulu media melaporkan lebih 30 keluarga di Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Batu 10, Ulu Chepor dekat sini mendakwa aktiviti pengambilan mineral berhampiran kawasan kediaman mereka sejak beberapa tahun lepas, menyebabkan kerosakan kepada rumah serta menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan penduduk.

Iklan

Penduduk mendakwa gegaran akibat aktiviti letupan dan pergerakan jentera berat selain habuk halus yang berterbangan menyebabkan kediaman lebih 30 keluarga daripada kira-kira 500 keluarga dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan.