Hong Kong keluarkan amaran hujan hitam

Iklan
Pemandangan langit Hong Kong dari daerah Tsuen Wan. Foto AFP

KUALA LUMPUR - Balai Cerap Hong Kong pada Khamis mengeluarkan amaran hujan hitam iaitu tahap amaran hujan tertinggi pada 12.55 tengah hari waktu tempatan.

Pengumuman itu menyebabkan sekolah ditutup dan sebahagian perniagaan menghentikan operasi, selain menggesa penduduk berlindung serta berwaspada terhadap risiko banjir serius.

Iklan
Iklan

Menurut balai cerap itu menerusi laman sesawangnya, hujan lebat melebihi 70 milimeter sejam dijangka berterusan. Ini kali kedua amaran hujan hitam dikeluarkan tahun ini, selepas kali pertama pada 8 Jun lalu.

Hab kewangan itu bersama sebahagian besar kawasan selatan China, dilanda hujan berterusan sejak beberapa hari lalu akibat monsun barat daya yang aktif dan sistem tekanan rendah yang masih berterusan.

Iklan

Pejalan kaki dengan payung menunggu untuk melintas jalan ketika hujan lebat di Hong Kong. Foto AFP

Balai cerap itu turut memaklumkan yang angin kencang dijangka terus melanda Hong Kong dengan kelajuan angin sekitar 80 kilometer sejam direkodkan di daerah Tai O di bahagian barat daya bandar itu.

Iklan

Keadaan cuaca buruk itu berlaku menjelang sambutan Festival Perahu Naga pada Jumaat, yang memberi penduduk cuti hujung minggu selama tiga hari dan dijangka menyaksikan peningkatan pergerakan orang ramai.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa di Shenzhen, tanah besar China turut mengeluarkan amaran hujan merah dan menasihatkan penduduk agar menjauhi kawasan rendah, kawasan ditakungi air serta lokasi lain yang dianggap berbahaya.

Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko banjir di kawasan pergunungan, tanah runtuh dan bencana lain.- Reuters