Tiada istilah pintu belakang dalam kemasukan ke universiti awam - Raduan

Iklan
Raduan

SHAH ALAM - Dakwaan kononnya wujud kemasukan pelajar ke universiti awam melalui saluran 'pintu belakang' mengelirukan masyarakat serta berpotensi mencemarkan reputasi institusi pendidikan tinggi negara.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan, istilah tersebut membawa konotasi negatif seolah-olah universiti awam tidak mempunyai integriti dalam proses pengambilan pelajar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sistem pendidikan tinggi negara dibangun berasaskan tadbir urus, peraturan akademik dan mekanisme semak imbang yang ketat.

"Pelbagai saluran kemasukan yang sah, diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berkuasa universiti mengikut peruntukan undang-undang dan dasar pendidikan tinggi negara.

Iklan

"Universiti awam bukan institusi yang diuruskan mengikut kehendak individu tertentu, ia mempunyai struktur tadbir urus yang jelas melibatkan Lembaga Pengara Universiti, Naib Canselor, Senat Universiti, fakulti, jawatankuasa akademik dan pelbagai jawatankuasa khas berkaitan.

"Dalam kebanyakan universiti di dunia termasuk Malaysia, Senat merupakan badan akademik tertinggi yang mempunyai kuasa mempertimbangkan serta meluluskan perkara berkaitan akademik termasuk syarat kemasukan, kurikulum, peperiksaan dan penganugerahan ijazah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu beliau menegaskan, tanggapan bahawa kemasukan ke universiti awam hanya boleh dibuat melalui Unit Pusat Universiti (UPU) juga tidak tepat kerana ia hanya mekanisme penyelarasan kemasukan bagi program pengajian arus perdana.

Menjelaskan perkara itu, Raduan berkata, universiti awam sejak sekian lama turut menawarkan pelbagai laluan lain yang dibenarkan antaranya program antarabangsa, pendidikan sepanjang hayat, kerjasama industri, laluan pelajar antarabangsa serta kemasukan bagi golongan bekerja dan pembelajaran fleksibel.

"Kesemua saluran ini tertakluk kepada syarat akademik dan proses kelulusan yang ditetapkan universiti. Ia bukan sesuatu yang baharu atau luar biasa.

"Hakikatnya, universiti terkemuka dunia juga mengamalkan pelbagai laluan kemasukan," ujarnya.