'Indah, Suria' bantu pindah gajah liar

Iklan

GERIK - Seekor gajah liar berjaya dipindahkan keluar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan bantuan dua ekor gajah denak betina iaitu Indah dan Suria pada operasi pemindahan gajah liar di Kampung Bogor, di sini pada Rabu.

Pengarah Perhilitan Perak Mohd Taufik Abdul Rahman berkata, hasil pemantauan, pihaknya mendapati terdapat 12 gajah liar di kampung tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kesemua gajah yang dipindahkan secara berperingkat dari kampung itu akan ditempatkan di habitat asal haiwan liar berkenaan, yang jauh dari penempatan manusia. - Foto Bernama