SUASANA perlawanan Kumpulan L, Piala Dunia antara Ghana dan Panama sedikit kecoh apabila rehat minum pada minit ke-22 menerima reaksi tidak puas hati daripada penyokong kedua-dua pasukan yang melaungkan ‘boo’ di dalam stadium.
Gangguan rehat minum yang diperkenalkan bagi mengatasi keadaan cuaca panas itu berlaku ketika perlawanan masih terikat tanpa jaringan, dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan awal.