PEMANDANGAN Monumen Mahtumkulu Fıraki di Kompleks Taman Budaya Magtymguly Pyragy yang berlatarbelakangkan Banjaran Kopetdag di Ashgabat, Turkmenistan.
Ashgabat, ibu negara Turkmenistan yang terkenal dengan seni bina bangunan marmar putih dan mercu tanda monumentalnya, menempatkan monumen yang dirasmikan pada 17 Mei 2024 sempena ulang tahun ke-300 kelahiran Mahtumkulu Fıraki, penyair, ahli falsafah dan pemikir agung abad ke-18 yang dianggap sebagai bapa kesusasteraan Turkmenistan moden.