Tuchel tak marah-marah punca pemain bangkit di babak kedua

Iklan
Harry Kane muncul watak utama dalam kemenangan 4-2 England ke atas Croatia dalam aksi pembukaan Kumpulan L di Piala Dunia. Foto: Agensi

KETIKA ramai penyokong England mula bimbang melihat pasukan mereka mensia-siakan dua kelebihan pada babak pertama, ketua jurulatih, Thomas Tuchel memilih pendekatan tenang untuk membangkitkan semula semangat pemain.

Menurut Tuchel, beliau tidak meninggikan suara di bilik persalinan ketika rehat, sebaliknya meminta pemain bertenang dan kembali bermain mengikut identiti pasukan.

Iklan
Iklan

“Saya duduk bersama mereka dan beri masa untuk bertenang. Kami baru dibolosi gol, jadi saya minta mereka tenangkan diri dan kembali bermain mengikut cara kami,” katanya selepas kemenangan 4-2 ke atas Croatia dalam aksi pembukaan Kumpulan L Piala Dunia 2026.

Bekas pengendali Chelsea itu berkata, beliau turut mengingatkan pemain supaya tidak takut melakukan kesilapan dan terus beraksi dengan berani.

Iklan

“Saya beritahu mereka bahawa keyakinan saya terhadap pasukan ini tidak berubah walau apa pun keputusannya. Saya mahu mereka bermain dengan berani, agresif dan sentiasa bergerak ke depan,” katanya.

England yang dua kali mendahului menerusi jaringan Harry Kane tampil lebih bertenaga pada babak kedua sebelum gol daripada Jude Bellingham dan Marcus Rashford memastikan kemenangan selesa.

Iklan

Tuchel mengakui pasukannya terlalu berhati-hati selepas mendahului sehingga memberi ruang kepada Croatia untuk kembali menyamakan kedudukan.

“Kami terlalu banyak bermain ke belakang dan tidak cukup berani mencari ruang. Namun saya sangat menyukai reaksi pemain pada separuh masa kedua. Mereka menunjukkan karakter sebenar pasukan ini,” katanya.

Kemenangan itu memberi permulaan positif buat England dalam usaha memburu trofi Piala Dunia pertama sejak 1966.