SkyWorld rangkul pengiktirafan dunia empat tahun berturut-turut

Iklan
SkyWorld meraih kemenangan di FIABCI World Prix d’Excellence buat tahun keempat berturut-turut menerusi Anugerah Perak dalam Kategori Perumahan Mampu Milik.

SKYWORLD Development Berhad (SkyWorld) meraih pengiktirafan pada anugerah hartanah berprestij, FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2026, menerusi projek SkyAwani 5 Residences.

Dalam majlis yang berlangsung di Vienna, Austria, syarikat pembangunan hartanah itu menerima Anugerah Perak Dunia 2026 dalam kategori Perumahan Mampu Milik.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pencapaian itu menjadi bukti komitmen syarikat dalam menyediakan pembangunan berkualiti yang memberi nilai bermakna kepada pemilik rumah dan komuniti.

“Pengiktirafan di FIABCI World Prix d’Excellence Awards selama empat tahun berturut-turut merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi SkyWorld.

Iklan

“Lebih penting lagi, ia mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan pembangunan berkualiti yang mewujudkan nilai bermakna kepada pemilik rumah dan komuniti,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kejayaan SkyAwani 5 Residences turut membuktikan bahawa projek perumahan mampu milik mampu menawarkan reka bentuk berkualiti, kemudahan berteraskan gaya hidup serta persekitaran kediaman yang diurus dengan baik tanpa menjejaskan kemampuan pemilikan rumah.

Iklan

Malah, ujarnya, pengiktirafan tersebut amat bermakna kerana SkyAwani 5 Residences merupakan pembangunan perumahan mampu milik.

“Ia membuktikan bahawa reka bentuk berkualiti, kemudahan berteraskan gaya hidup dan persekitaran kehidupan yang diurus dengan baik boleh disediakan dalam model pemilikan rumah yang mudah diakses,” ujarnya.

SkyAwani 5 Residences menerima pengiktirafan global sebagai Pemenang Anugerah Perak Dunia FIABCI World Prix d’Excellence dalam Kategori Kediaman Bertingkat Tinggi.

FIABCI World Prix d’Excellence Awards, yang dianggap sebagai ‘Oscar’ bagi industri hartanah, mengiktiraf pembangunan hartanah terbaik dunia berdasarkan aspek reka bentuk, kualiti pembinaan, inovasi, kemampanan, impak komuniti dan penciptaan nilai.

Kemenangan terbaharu itu meneruskan rekod cemerlang SkyWorld di peringkat global selepas memenangi Anugerah Emas Dunia menerusi SkyAwani 2 Residences pada 2023 dan SkyAwani 3 Residences pada 2024, selain Anugerah Perak Dunia menerusi SkyLuxe On The Park Residences pada 2025.

Direka untuk kehidupan bandar moden, SkyAwani 5 Residences dilengkapi kemudahan bertaraf kondominium, ruang rekreasi mesra keluarga dan ciri kehidupan pintar termasuk loker, ruang khas berbumbung untuk penghantar barangan serta sistem pengurusan hartanah digital menerusi aplikasi SkyWorld Connects.

Dalam pada itu, Chee Seng memaklumkan pencapaian yang diraih adalah selari dengan Strategi Pertumbuhan 15 Tahun SkyWorld 2040 yang memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti mampan, penyediaan kediaman berkualiti dan penciptaan nilai jangka panjang kepada pemilik rumah serta pihak berkepentingan.

Anugerah dunia untuk tahun keempat berturut-turut itu turut mengukuhkan kedudukan SkyWorld sebagai antara pemaju hartanah Malaysia yang paling konsisten menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.